Thursday 28 August 2014

kereta rosak

Semalam kereta ku rosak dalam perjalanan semasa bertugas. Berhenti di tengah2 jalan depan sebuah rumah lama. Balik dari habis tugas pergi ke tempat kereta rosak. Dipendekkan cerita pergila kerumah tu nak mintak izin tumpang kereta sehingga hari siang. Keluar seorang tua memang da berusia. Umur pakcik tu hampir 88 tahun. Apa yang menariknya di kala usia tu pakcik tu masih kuat berdiri. So sembanglah dengan pakcik atau atuk tu dekat2 sejam lebih, pakcik tu menceritakan pengalamannya. Rupanya pakcik ni bekas polis, dikala usia 88 tahun mata masih elok, pendengaran masih baik. Dan yang paling baik ingatan pakcik ni masih kuat. Boleh berdialek beberapa bahasa. Fasih dialek2 tempatan.. boleh bertutur bahasa jepun, china. Insaf seketika. Apa jadi pada diri kita pada kala usia 88thn (kalau umur panjang). Pakcik ni boleh mengaji quran sempat jugak pakcik bertaranum, dengan tajwid yang baik sesuai dengan beberapa batang gigi yang ada(ni pakcik tu ckp). Pakcik ni bgtau anak2nya ada 17 org. Beberapa petua diberikan untuk kekal sihat, petua yang pakcik tu mudah ja diikuti. 
Sekali lagi terasa insaf... apa akan jadi pada diriku akan datang.. sedarkah aku lagi... mampu ker nak tanggung kehidupan sehingga usia tu. Mati tu pasti. Subhanallah....

www.facebook.com/adiszartoneexcel

Thursday 14 August 2014

Phyto science double stemcell

Assalamualaikum,

Baru nak cuba double stemcell, (DS). Beribu-beribu produk kesihatan sekarang ni di pasaran. Tiba-tiba ada seorang insan yang baik hati mungkin nak tgk saya nie sihat selalu menghadiahkan saya dua set produk kesihatan... Alhamdulillah. Syukur terima kasih jugak kepada insan yang baik hati nie.. nak beli bukan tidak mampu tapi tgk pada harganya RM 250.00. Fikir 2 kali jugak nak beli. (Payment sebulan Viva 660m).
 Baiklah nak dijadikan cerita hari ni malam ni saya cuba dulu test satu paket DS. Mudah-mudahan allergic dgn sakit2 belakang saya dapat sembuh. InsyaAllah.



Wednesday 13 August 2014

Nangka Madu

Assalamualaikum,
Pembuka bicara... teringat pada pertengahan 2012 hingga hujung 2013. Masa tu tgh rancak jual nangka madu. Macam- macam halangan nak mulakan perniagaan ni. Walaupun niaga gerai kecil tepi jalan tapi kena ada ilmu, tanpa ilmu yang kukuh memang akan kecundang. Tapi pokok pangkalnya kena la belajar. Samada belajar melalui pengalaman sendiri atau pengalaman sahabat-sahabat lain yang telah berjaya. Dipendekkan cerita, nak niaga nangka madu sebenarnya takda la susah sangat. Yang penting ada minat nak belajar, kena korbankan sikit masa, tenaga dan yang penting tak kenal erti letih. Beberapa panduan yang boleh saya kongsi kat sini.

1. Nak niaga sorang boleh. Nak niaga bersama rakan pun boleh. Sebaiknya ada rakan baru tak boring ada teman bicara.
2. Lepas tu kena tahu jenis-jenis buah yang nak dipilih diniagakan. Nangka madu nie, memang banyak variasi atas kecanggihan teknologi.  Ikut la kesesuaian kawasan nak niaga tu. Selalunye yang popular tekam yellow, j33, mantin pun okay jgk.
3. Berat nangka madu nie antara 5 kg hingga 30kg. Selalunya amik yang sedang2 ja untuk buat niaga nie. Anggaran 8kg hingga 15 kg sebiji dah okay. Boleh jugak amik sebijik duayang besar utk tarikan pelanggan.

4. Pembekal. Kena rajin cari pembekal yang tawarkan harga yang terbaik. Selalunya kalau nangka madu nie harga lebih kurang RM 1 ke RM 2 / kg. Bergantung pada saiz dan jenis buah.



5. Gambar kat atas tu berat antara 10 ke 20kg sebiji. Letak dalam bonet kereta terus lowered.  

6. Lepas tu kena belajar cara-cara nak kupas, potong buah nie bagi kelihatan menarik. Adalah dalam 10 biji yang pertama tu buat belajar, tak jadi bunga cantik sampai terbelah dua. Masa potong nangka tu kena siap2 pisau yang tajam, minyak dengan plastik. Minyak masak tau. Minyak masak dgn plastik ni guna nya utk kita bertarung dengan getah-getah yang keluar dari buah nie masa potong. 




7. Lepas dah siap belah dua tu boleh lah hias bunga nangka madu cantik2 atas meja nak jual tu.



8. Selain tu jugak, antara peralatan2yang diperlukan untuk jual nangka madu seperti meja pasar malam, khemah pasar tani petak. Alas meja, penimbang jangan lupa, kalau dapat beli yang digital tu lagi ok. Pisau tajam, plastik dan polisterine. Polisterine tu boleh bahagi dua buat mcm dalam gambar kat atas tu. Pastu balut dengan plastik wrap lutsinar tu. Lain-lain peralatan boleh fikir atas inisiatif sendiri.

9. Tapak niaga. Tempat nak niaga nie selalunya adalah perkara utama yang perlu difikirkan. Cari lah laluan2 yang utama, walaupun niaga dalam hutan kalau ada jalan raya pun ok jgk. Yang penting g jumpa-jumpa org tempatan atau peniaga2 berhampiran.. pokok pangkalnya link kena baik. Dah niaga sebulan dua, mohon lah lesen penjaja sementara. Mudah mudahan diberkati.

10. Dan akhir sekali, nak niaga nangka madu nie hati kena cekal. Jangan putus asa. Biasalah turun naik perniagaan. Buat ja.

Perkongsian ni tak seberapa tapi boleh la bagi idea skit2 nak niaga tu. Semoga sukses. Assalamualaikum.


Monday 11 August 2014

Pokok tinggi berbunga wangi


Assalamualaikum...
 Sayup jer tengok pokok nie. Tinggi, tak pasti pokok apa. Tapi bunga yang jatuh dari pokok ni wangi. Penuh kat rumput.

 Tenang n mendamaikan plak rasa duk kawasan kampung nie..

Wednesday 6 August 2014

Mula hendak berbicara

Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam hormat.

Pembuka kata pemula bicara, setiap yang mula pasti ada akhirnya. Tujuan blog ini di create untuk menulis apa-apa sahaja yang baik dan boleh memberi panduan kepada kita semua. Yang baik2 boleh digunakan dan diambil iktibar. Yang tidak berapa nak elok jauh2 kanlah. Terima kasih.


Gambar diatas ni diambil ditempat mula2 nak berblog. Gambar ni macam enzim atau pemangkin nak mula bicara.

Selamat Tahun Baru 2019

Tahun 2019 Assalamualaikum w.b.r Kesudahan tahun 2018, melabuh tirainya 2 hari lepas. Hampir 2 tahun tiada apa yang diuangkapkan dalam b...