Wednesday 2 January 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Tahun 2019

Assalamualaikum w.b.r

Kesudahan tahun 2018, melabuh tirainya 2 hari lepas. Hampir 2 tahun tiada apa yang diuangkapkan dalam blog ni, sehinggalah ada yang menegur.  Kehidupan seperti biasa masih bujang masih hidup berkelana.
Dengan Izin Allah, dengar-dengar jodoh dah mula mengintai. Alhamdulillah moga dipermudahkan urusan.

Terlalu leka dengan aliran masa, sedar-sedar ja dah hampir 5 tahun hidup di perantaun di bumi borneo. Rugi tu mungkin tak, hampir setiap pelosok pekan bandar utama bumi sarawak dah terjah. Rasanya dah boleh hidup perantauan beralih  arah.

Dulu janji 2019, tercapai 1st million. Kini masih dalam usaha ke arah itu.
Rezeki sebagai penjawat awam masih dipermudahkan sehingga 2037😂.

21 Mei 2018 lepas tarikh keramat menamatkan perkhidmatan di beri rezeki oleh Allah s.w.t untuk melanjutkan perkhidmatan sehingga tarikh pencen penjawat awam. Ikut ja aturan Allah dah tetapkan.

Terdetik meneruskan hidup dengan kerjaya sebagai pejuang negara sehinggalah ke akhirnya. Rezeki nikmat kurniaanNya yg tak terhingga menjadikan lebih bersyukur dan redha.

Selamat Tahun Baru 2019.


Selamat Tahun Baru 2019

Tahun 2019 Assalamualaikum w.b.r Kesudahan tahun 2018, melabuh tirainya 2 hari lepas. Hampir 2 tahun tiada apa yang diuangkapkan dalam b...