Sunday 29 January 2017

Bisnes kereta sewa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tanggal 21 Mei 2017 yang akan datang genap lah 12 tahun saya dalam pekerjaan hakiki saya sebagai seorang penjawat awam. Alhamdulillah banyak yang saya belajar sepanjang dalam perkhidmatan. Pengalaman banyak gak dapat dari orang2 lama. Pasal servis dalam gomen tu akan dicerita akan datang...saya nak cerita tentang bisnes kereta sewa.

21 Mei 2018 yang akan datang kontrak bersama kerajaan akan tamat sekiranya tidak lulus untuk sambung khidmat.

Persiapan saya sekiranya telah tamat perkhidmatan cuma bisnes. Bisnes kereta sewa. pernah suatu masa dulu buat kecil-kecilan.. berjaya. cuma tidak sempat nak kembangkan perniagaan akibat tuntutan kerja kena pindah ke kawasan borneo. lama kelamaan bisnes sewa kereta pun mula lah berkubur mcm tu ja.

Tapi pengalaman sepanjang hampir setahun bisnes kereta sewa akan saya gunakan semula apabila tamat perkhidmatan kelak.

Apa yang penting sekarang tapak atau asas  untuk mula berniaga tu dah ada. cuma nak belajar belajar dan kembangkan lagi perniagaan.

Pada tanggal 30 Sep 2013, saya telah berjaya mendaftar syarikat Enterprise dan juga berjaya buka akaun semasa untuk syarikat. Buat lah secara kecil-kecilan bisnes homestay dengan bisnes sewa kereta.

Adiszar solution. Lesen masih valid lagi lesen sampai Oktober 2018.

Cuma bila dah ada kelapangan nak daftar Sdn Bhd. Dapatkan lesen kementerian pelancongan dan semua keperluan lain utk bagi legalkan perniagaan kereta sewa.
Adiszar car rental.
Adiszar Solution Travel and Tour Sdn Bhd.
Menarik... mudah mudahan tercapai. Niat yang baik nak bantu diri keluarga dan orang ramai. mudah mudahan diberi jalan yang senang.

Selamat Tahun Baru 2019

Tahun 2019 Assalamualaikum w.b.r Kesudahan tahun 2018, melabuh tirainya 2 hari lepas. Hampir 2 tahun tiada apa yang diuangkapkan dalam b...